Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat
Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan yang ditawarkan di
SUKTRA Terengganu seperti berikut :-
1. ARTIS BUDAYA (KONTRAK) (LELAKI SAHAJA) B17
Tarikh : 30 March 2014 mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang
SYARAT LANTIKAN
a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
b) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni kebudayaan (tarian).
CARA-CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah hadir sendiri untuk uji bakat pada tarikh dan alamat sebagaimana berikut:-
Tingkat Bawah (Pintu Utara)
Bangunan Stadium Tertutup
Kompleks Sukan Negeri Terengganu
21200 Kuala Terengganu
b) Sila bawa bersama:-
i)Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan;
ii)Kelulusan Pelajaran;
iii) Lain-lain sijil dan dokumen yang berkaitan, jika ada.